Monday, June 14, 2010

Nur Zaharah Welfare Home, Janda Baik- their new home


BADAN AMAL NUR ZAHARAH

Lot 27797 Kg Sum Sum Hilir, Janda Baik

28750 Bentong

Pahang Darul Makmur

Tel/Faks: 09 233 0405 / 012 627 1549


PROFILE

BADAN AMAL NUR ZAHARAH, JANDA BAIK

(Nur Zaharah Welfare Home, Janda Baik)

Introduction

At the time when people are racing for success, luxury and wealth in life, there are still people who are unable to improve their life. And at the moment when other people are living happily with their beloved families, there are people who are loveless. Verily BADAN AMAL NUR ZAHARAH (BANZ) has been formed with multi objectives, among others are to help the poor people, to give new hope to the orphans, to give education and better standard of living to those in need.


History of Formation

It was formed on 1 May 2005, and officially opened on 1 December 2005. The home has been founded by YBhg Datin Norjan Noor. The fact is, residents of BANZ consist of various kinds of background such as orphan, poor child, victim of child abuse, raped victim etc. Mostly accepted cases are from State and District Welfare Department’s and also individual’s reports. We have many cases from various districts and states like Raub, Bentong, Karak, Kuala Lipis, Temerloh, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kelantan, Johor, Perlis and etc.


Total of Residents and Staff

As of to date there are 51 residents i.e. 15 male and 36 female aged from 5 to 20 year old and managed by 8 permanent staff.


Segregation Based on Background

Below is the list of residents segregation according to case:

No.

Case

Total No.

1.

Orphans

16

2.

Poor children

27

3.

Victim of divorce

3

4.

Raped child

1

5.

Abused child

4


Total

51


Segregation Based on Education Level

Below is the list of residents segregation based on education level:

No.

Education Level

Total No.

1.

Secondary School

24

2.

Primary school

24

3.

Tahfiz

1

4.

College

2


Total

51


Tragedy

On 24 April 2007 Monday 7:00 pm, a residence that we had rented for 2 months at Kg Sungai Lampin, Janda Baik, was totally burned down due to short circuit. After the fire that caused a total loss to us, contribution and donation from local community had helped us to survive our daily needs and a temporary place to stay.


Home for Male Residents

After the fire incident, we were given a new home by somebody (in the name of Allah) at Lot 5559 Kg Chemperoh, Janda Baik. We are allowed to stay there for indefinite period at no charge. But we have to repair the house at our own cost. This place is now a home for male residents because our permanent home can only accommodate the female residents.


Home for Female Residents

The permanent hostel has been occupied in mid-August 2008 situated at Lot 27797 Kg Sum Sum Hilir, Janda Baik, Bentong, Pahang, on 1.5 acres land. This complex consist of 1 double-storey and 1 single-storey hostel buildings, 1 single-storey office building and one multi-purpose wakaf. The complex can accommodate 50 people. As of to date there are 36 female residents live at this hostel. A surau has also been completed in year 2009.


Financial Source

The financial source of BANZ is from donation by individuals, associations and private companies. We welcome donation from all sources to help us support the monthly expenses that reached RM25,000.00 per month.


Donation

Donations in cash or kinds can be contributed directly to BADAN AMAL NUR ZAHARAH JANDA BAIK. Contribution by cheque can be send to this account:


1) BADAN AMAL NUR ZAHARAH BENTONG (BANZ), PAHANG

– MayBank account no. 5647 2610 0594

Contributors to this home will get income tax exemption under Section 44(6), Income Tax Act 1967 (see attached letter from LHDN). We also welcome all contributions whether in cash, food supplies, clothes, labour and etc.

They rear goats to get some income for the Home


The Bahasa Malaysia Translation

PROFAIL

BADAN AMAL NUR ZAHARAH, JANDA BAIK

Their new surau

Pendahuluan

Di saat manusia berlumba-lumba mencari kejayaan, kemewahan dan kekayaan dalam kehidupan, masih ada lagi insan-insan yang tidak berkemampuan untuk mengubah kehidupan mereka. Dan di saat orang lain bahagia di samping keluarga tercinta, ada insan-insan yang ketandusan kasih sayang. Justeru itu BADAN AMAL NUR ZAHARAH (BANZ) ini ditubuhkan dengan pelbagai objektif, antaranya ialah untuk membantu golongan miskin, memberi sinar baru kepada anak yatim, memberi pendidikan yang sempurna dan taraf hidup yang lebih baik kepada mereka yang memerlukan.


Sejarah Penubuhan

Ditubuhkan pada 1 Mei 2005, dan dibuka secara rasminya pada 1 Disember 2005. Badan ini diasaskan oleh YBhg Datin Norjan Noor. Secara faktanya, penghuni yang menetap di BANZ terdiri daripada pelbagai latar belakang, di antaranya anak yatim, anak miskin, mangsa dera, mangsa rogol dan sebagainya. Kebanyakan kes yang diterima adalah daripada laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah dan Negeri serta orang perseorangan. Kes-kes yang terdapat di sini adalah dari pelbagai daerah dan negeri seperti Raub, Bentong, Karak, Kuala Lipis, Temerloh, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kelantan, Johor, Perlis dan lain-lain lagi.


Jumlah Penghuni dan Kakitangan

Setakat ini jumlah penghuni adalah seramai 51 orang: 15 lelaki dan 36 perempuan berumur dari 5 hingga 20 tahun, dan dikendalikan oleh 8 orang petugas tetap.


Pecahan Penghuni Mengikut Latar Belakang

Berikut adalah senarai pecahan penghuni mengikut kes:

Bil.

Kes

Jumlah

1.

Anak-anak Yatim

16

2.

Anak-anak Miskin

27

3.

Mangsa Perceraian

3

4.

Kes Rogol

1

5.

Kes Dera

4


Jumlah semua

51


Pecahan Mengikut Tahap Pendidikan

Bil.

Tahap Pelajaran

Jumlah

1.

Sekolah Menengah

24

2.

Sekolah Rendah

24

3.

Tahfiz

1

4.

Kolej

2


Jumlah semua

51


Tragedi

Pada 24 April 2007 Isnin jam 7:00 malam, penempatan yang kami sewa selama 2 bulan terletak di Kg Sungai Lampin, Janda Baik, telah hangus dijilat api akibat litar pintas. Semuanya ranap menyembah bumi dan kami hanya tinggal sehelai sepinggang. Selepas kebakaran tersebut, bantuan dan sumbangan penduduk tempatan telah membantu menampung keperluan harian dan penempatan sementara untuk kami.


Penempatan Penghuni Lelaki

Selepas tragedi, seorang hamba Allah telah memberikan kami penempatan baru di Lot 5559 Kg Chemperoh, Janda Baik. Tempat ini diberi pinjam secara percuma tanpa had jangka waktu tertentu. Tetapi kami terpaksa memperbaiki rumah ini dengan perbelanjaan sendiri. Sekarang kami menempatkan penghuni lelaki di penempatan ini kerana penempatan tetap kami hanya dapat memuatkan penghuni perempuan sahaja.


Penempatan Penghuni Perempuan

Penempatan Asrama yang tetap telah didiami pada pertengahan Ogos 2008 beralamat di Lot 27797 Kg Sum Sum Hilir, Janda Baik, Bentong, Pahang di atas tanah seluas 1.5 ekar yang diwakafkan. Kompleks asrama ini mengandungi bangunan asrama 2 dan 1 tingkat, sebuah pejabat 1 tingkat dan sebuah wakaf serba guna. Bangunan ini boleh memuatkan 50 orang penghuni. Setakat ini penghuni yang menetap di asrama ini adalah seramai 36 orang yang terdiri daripada penghuni perempuan sahaja. Sebuah surau juga telap siap dibina dalam tahun 2009.


Sumber Kewangan

Sumber kewangan BANZ ini adalah dari sumbangan orang perseorangan, persatuan-persatuan dan syarikat-syarikat persendirian.

Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan dari semua pihak bagi membantu menampung perbelanjaan yang mencecah RM 25,000.00 setiap bulan.


Sumbangan

Segala bentuk sumbangan sama ada tunai atau cek boleh disalurkan terus kepada:


BADAN AMAL NUR ZAHARAH BENTONG (BANZ), PAHANG

No. Akaun Maybank: 5647 2610 0594


Badan ini juga mendapat pelepasan cukai pendapatan kepada penderma di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967. Pihak kami juga mengalu-alukan bantuan dan sumbangan dari semua pihak dalam pelbagai bentuk sama ada kewangan, makanan, pakaian, tenaga dan lain-lain.

Kebun sayur organik sebagai sumber pendapatan